Minggu, 24 Maret 2013

5 GOSIP PENGHILANG JERAWAT

Mungkin anda pernah mendengar banyak tips
menghilangkan jerawat . Adakah anda tahu
kebanyakkan tips yang anda dengar ada
yang benar dan ada yang tidak benar?

Hari ini saya akan mendedahkan lima mitos
yang popular serta penjelasannya yang
patut anda tahu. Kebanyakkan mitos ini
bukan saja tidak dapat merawat jerawat,
malah boleh memburukkan lagi keadaan
jerawat anda.

Lima mitos menghilangkan jerawat adalah:

1. Mencuci muka terlalu kerap boleh
menghilangkan jerawat

Kebanyakkan jerawat yang ada bukan
disebabkan kotoran. Dinding liang pori
sebenarnya jauh di dalam kulit dan sukar
kotoran pada permukaan kulit hendak sampai
ke bawah.
Mencuci muka sebenarnya untuk membuang
kotoran dan sel kulit mati pada permukaan kulit saja. Pencucian muka yang kerap dan kuat dapat membukakan lagi dinding liang pori dan menolak kotoran sampai ke dinding lubang pori. Akibatnya lubang pori tersumbat
dan menyebabkan jerawat berlaku.
Cara yang terbaik adalah mencuci muka dua kali sehari dengan perlahan-lahan. Baca tips
cara mencuci muka dengan betul

2. Stress penyebab jerawat

Stress memberi kesan kepada hormon anda.
Tindak balas hormon akibat stress
menyebabkan kelenjar minyak pada lubangu pori
menjadi aktif yang akan mengeluarkan
sebum/minyak dan menghasilkan kulit mati
dengan banyak.
Akibatnya jerawat akan tumbuh jika anda
tidak mencuci dengan segera. Kebanyakkan
punca stress disebabkan oleh kekurangan
tidur. Jika anda kekurangan waktu tidur,
jangan terkejut jika jerawat tumbuh di
muka selepas anda bangun dari tidur :).
Mitos ini boleh diterima dan digunakan.

3. Matahari membantu menghilangkan
jerawat

Berjemur di bawah sinaran matahari selama
10 – 20 minit sehari boleh membantu
menghilangkan jerawat terutamanya
jerawat yang tumbuh di bahagian badan. Di
samping membekalkan Vitamin D (bagus
untuk kulit anda :) ) matahari juga dapat
membunuh bakteria di permukaan kulit.
Apa yang tidak elok adalah terdedah pada
matahari terlalu lama iaitu sekitar satu jam
ke atas. Akibatnya matahari akan
merosakkan kulit dan menyebabkan kulit anda
terasa gatal. Simptom ini tidak menyebabkan
jerawat serta merta. Biasanya dalam masa
satu ke dua minggu jika tidak dirawat
dengan segera jerawat akan tumbuh. Jika
anda mempunyai jerawat, cuba ingat kembali
adakah anda terdedah pada matahari terlalu
lama pada minggu yang lepas? :). Jadi,
elakkan diri anda terdedah daripada sinaran
matahari terlalu lama.

4. Picit jerawat boleh menghilangkan
jerawat dengan cepat

Saya rasa anda sendiri pun tahu picit
jerawat boleh memudaratkan lagi keadaan
jerawat tetapi ramai yang masih
melakukannya. (maybe picit jerawat sebab
geram kot :) ). Walau apa pun alasan jerawat
masih tidak boleh di picit sewenang-
wenangnya.
Ramai yang menyangka memicit jerawat
dengan tangan adalah mengeluarkan jerawat
dari permukaan kulit. Pernyataan ini salah.
Memicit jerawat sebenarnya anda menolak
lagi bakteria, minyak dan sel kulit mati jauh
di dalam kulit.
Akibatnya kulit akan luka, bengkak dan
kemerahan. Bagi yang bernasib baik ia akan
meninggalkan kesan parut hitam yang
mengambil masa berbulan-bulan untuk hilang.
Bagi yang kurang bernasib baik ia akan
meninggalkan parut berlubang selama-
lamanya.
So, jangan picit jerawat ya! :)

5. Anda perlu membiarkan saja untuk
jerawat sembuh

Mungkin anda sudah berputus asa setelah
mencuba pelbagai produk dan cara untuk
menghilangkan jerawat tetapi tidak berjaya
dan anda mengambil keputusan untuk
membiarkan saja jerawat itu sembuh sendiri.
Jangan biarkan jerawat anda begitu saja. Ia
tak kan sembuh sendiri malah akan bertambah
teruk jika tidak dirawat.
Sebenarnya jerawat boleh sembuh kalau kena
pada caranya. Tak ada rahsia untuk memiliki
kulit yang cantik, bersih dan licin.
Jika anda masih tidak berjaya menghilangkan
jerawat selepas mencuba pelbagai produk,
nasihat saya berhenti membazirkan wang
dan masa anda mencuba produk jerawat
yang lain. Beralih ke cara lain iaitu berjumpa
doktor pakar kulit. Beliau akan memberikan
nasihat serta ubat yang bersesuaian dengan
kulit anda. (saya rasa pelik sebab terdapat
banyak jenis produk jerawat di pasaran
tetapi masih ramai yang menderita dengan
masalah jerawat mereka. Anda tak rasa
pelik?)
Walau pun mendapatkan khidmat doktor
pakar memerlukan pelaburan yang agak besar
tetapi ia berbaloi dan mungkin anda dapat
mengatasi masalah jerawat selama-lamanya.
Itu saja antara mitos-mitos jerawat.
Sebenarnya banyak lagi mitos mengenai
jerawat. Di sini saya hanyakan senaraikan
lima mitos yang paling popular. (mungkin
saya akan posting mengenai mitos jerawat
yang lain satu hari nanti…. Tunggu ya!)
Nasihat saya yang terakhir jumpalah doktor
pakar sebelum anda mencoba apa-apa jenis
produk jerawat untuk menyelamatkan kulit
muka anda daripada berjerawat terus.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar